Perhimpunan Aman Mengecam Israel

Baru-baru ni di tempat saya pernah belajar, telah diadakan satu perhimpunan aman mengecam tindakan Israel ke atas Ghaza. Seorang kawan saya bercerita, ada seorang pakcik yang pada awalnya memerhati perhimpunan tersebut daripada jauh, datang mendekati kawan ini. Beliau memberi pandangan, “Cara ni tak sesuai. Cara yang paling sesuai adalah solat hajat.” Saya tak bersetuju dengan pakcik ini bila dia berpandangan perhimpunan ini tak sesuai walaupun saya bersetuju dengan pandangannya bahawa solat hajat yang paling sesuai.

Pertama, tak semestinya bila mengadakan perhimpunan tersebut, solat hajat ditinggalkan. Tidak! Solat hajat tetap dilakukan. Kedua, pada pandangan saya, elemen yang paling penting dalam perhimpunan tersebut sebenarnya adalah mendatangkan kesedaran dalam diri orang lain yang tidak tahu mengenai isu ini. Saya tidak pelik apabila seorang junior saya menceritakan bahawa dia mempunyai seorang kawan yang tidak tahu-menahu lansung mengenai apa yang berlaku di Ghaza (…walaupun semua stesen TV dan akhbar tempatan memberikan liputan yang cukup meluas mengenai berita tersebut). Mungkin mahasiswa masakini – sama seperti remaja biasa yang lain – lebih suka melayari internet untuk memuat turun video dan melayari web-web artis kesayangan mereka, berbanding mengambil tahu isu-isu penting di seluruh dunia. Ini baru isu Ghaza, belum cerita isu-isu semasa yang lain.

Kesimpulannya, perhimpunan aman memang penting. Walaupun orang kata, kesannya tak seberapa (Israel memang tak terkesan langsung dengan perhimpunan aman kecil-kecilan ini) inilah caranya untuk mahasiswa menyampaikan maklumat kepada kawan-kawan mereka yang tidak peka, selain kononnya menzahirkan perasaan marah mereka secara aman.

Thanks, in advance, for your feedback.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Cici Wawa Maisara

Mulan Jamilah

Doraemon

Entries by Date

January 2009
S M T W T F S
« Dec   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: