Pak Ngah dah kembali kepada-Nya

Pak Ngah dah kembali kepada-Nya…

Ayat di atas masih tak dapat aku serap sepenuhnya. Realiti aku masih tersekat pada bulan November tahun lalu masa Pak Ngah masih boleh usik-usik aku. 22 Disember, Pak Ngah masuk HUKM. 24 Disember, aku melawat Pak Ngah, dia masih boleh bercakap-cakap lagi walaupun lemah. 26 Disember, Pak Ngah rebah. Pak Ngah terus ‘tidur’ sampai ke akhirnya – 17 Januari, lebih kurang jam 5pagi.

Pagi tu waktu Subuh, emak tiba-tiba masuk bilik aku, “Akak, Adik, Pak Ngah dah tiada.” Dalam kegelapan dan kekagetan, aku ucapkan innalilahi wa inna ilaihi raji’un.

Aku tak dapat lupakan ayat Wak Jalil, abang sulung emak, pada aku, “Adik Wak dah tak ada, kakak.” Masa itu, kami di rumah arwah sebelum pengebumian. Jenazah arwah terbujur kaku di pembaringan.

Paman Jagua mimpi yang sama macam anaknya, dua tiga hari sebelum arwah pergi. Ada dua lelaki datang jumpa dia dan bertanya kebaikan arwah. Salah seorang lelaki itu mencatatkan setiap apa yang Paman sebutkan.

Mak Uda pula mimpi Pak Ngah duduk di birai katil hospital dalam keadaan sihat. Bila Mak Uda tanya, “Abang dah sihat?” Pak Ngah jawab, “Dah!”

Adik pun mimpi gigi dua kali. Biasanya, kalau ada ahli keluarga, jiran terdekat atau kawan-kawan rapat nak kembali ke rahmatullah, adik mesti mimpi gigi. Kadang-kadang aku mimpi juga. Tapi kali ini, aku tak ingat kalaupun aku ada mimpi.

Bik Lah pula sanggup naik bas ke KL sebab “Bik Lah terasa macam Pak Ngah menunggu Bik Lah.” Hari Ahad tengahari Bik Lah sampai, pagi Isnin sebelum subuh Pak Ngah pergi. Hari Sabtu, aku sekeluarga baru datang melawat.

Pada hari pemergian arwah, Paman Jagua menyampaikan hajatnya nak meneruskan Family Day kami. Mungkin Paman merasakan itu merupakan hasrat terakhir arwah. Jadi walaupun arwah sudah tiada, niatnya yang baik itu eloklah kami teruskan. Katanya, Paman bermimpi arwah bertanya, “Barang-barang untuk 6-7 haribulan ini dah siap?” Mungkin arwah merujuk pada Family Day itu. Allah yang lebih tahu.

Dalam masa tak sampai sebulan semua ni berlaku. Dari Pak Ngah sihat ceria, masuk hospital, rebah, koma, sampailah dia pergi. Namun, kami tak kesalkan pemergian Pak Ngah sebab Pak Ngah pergi dalam keadaan baik, mudah, bahagia dan ketika kami semua sayangkannya.

Semoga Allah cucurkan rahmat ke atas rohnya dan semoga Allah tempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Ameen. Kami bersyukur pada-Mu kerana telah meminjamkan arwah bertahun-tahun kepada kami dan ‘kehadirannya’ telah mewarnai hidup kami.

1 Comment (+add yours?)

  1. farah
    Jan 21, 2011 @ 12:38:30

    salam ajan,
    salam takziah kpd keluarga..
    mmg sedih bila mengenangkan org yg kita syg pulang kembali menemui Allah swt..akk pun sama,teringat akn arwah adik akk ..
    sama2 doa moga roh mereka ditemptkn dikalngn org2 yg soleh. ameen

    Reply

Thanks, in advance, for your feedback.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Cici Wawa Maisara

Mulan Jamilah

Doraemon

Entries by Date

January 2011
S M T W T F S
« Nov   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: