Pilihanraya Paling Tenang


Ini pilihanraya paling kecoh sejak 15 tahun lepas, pada hemat saya. Ini juga pilihanraya paling tenang untuk saya dalam tempoh itu.
2008. Tahun akhir di kampus. Saya pertama kali terlibat langsung dengan kerja parti.
2013. Saya berhenti kerja menjelang pilihanraya. Emak saya mulanya marah. Masa inilah saya sedar betapa sayangnya Emak pada saya.
2018. Saya mengasingkan diri dari parti sejak arwah abah sakit teruk. Dan saya putuskan untuk kekal pandang dari jauh untuk beberapa bulan ke depan ini.
Rasa seperti memandang Bumi yang sedang bergolak melalui Bifrost di Asgard.
.
.
.
Beberapa hari lepas, terima panggilan telefon, “Afzan, tak datang Muar ke? Jomlah teman saya. Ramai orang baru.”
Allah saja yang tahu betapa sayunya dengar permintaan Cik Yati. Tapi saya dah bulat hati dengan janji saya.
Saya doakan kemudahan, kelancaran dan kemenangan untuk Cik Yati dan Pakatan Harapan seluruhnya.
.
.
.
Suatu waktu, saya membaca mushaf al-Quran sehingga saya sampai ke ayat 71 surah at-Taubah, surah ke-9. Tiba-tiba air mata saya mengalir. Sampai ke perkataan keempat, bercucuran air mata sampai tersekat terus suara. Saya ulang-ulang ayat tersebut, tetap tak berhenti tangisan. Saya pelik. Saya tak faham ayat itu.
Lewat malam itu di rumah, saya semak tafsir.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah daripada yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.”
Sesungguhnya aku terasa disindir! Ya Allah, ampunkanlah. Berilah aku masa. Aku akan kembali ke jalan itu.
.
.
.
Esok hari penentu. Persediaan zahir sudah diperkasa. Penguat rohani harus diteruskan.
Tumbangkan kezaliman.
Tegakkan kebenaran.
Undi harapan.

Comment wisely. All comments are subjected to Act 588 MCMC 1988.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.