Cinta Hati


Lumrah orang bercinta, rindu ingin selalu jumpa, bergurau selalu ketawa dan bertengkar mesti menangis.

Hati rasa rindu. Mulalah rasa ingin jumpa selalu. Berpisah sekejap, pasti telefon. Berjalan ke mana-mana, mesti mesej bila teringat.

Selalu bergurau-senda. Ada lawak jenaka, berkongsi gelak ketawa. Sekali-sekala, berteka-teki. Sesi berkenalan tak pernah habis, ada saja soalan yang ingin ditanya.

Bertengkar juga perlu. Air mata pun perlu dalam mengukuh hubungan. Orang yang ikhlas takkan sentiasa iakan semua perkara. Yang salah, mesti dibetulkan. Harus jujur membina hubungan.

Bagaimana pula bercinta dengan al-Quran?

Hati rasa rindu. Sekejap-sekejap mahu mnyelak lembaran mushaf. Sehari tak menatap, rasa rindu. Walaupun ada aplikasi telefon, rasa tak puas, masih mahukan mushaf. Baca tak puas, mahu menghafaz.

Selalu bergurau senda. Sekali-sekala berteka-teki. Tanyakan soalan dalam hati pada al-Quran. Setiap keputusan hidup, bersulam istikharak berteman al-Quran. Ada saja soalan ingin ditanya. Lagi banyak kenal, lagi rasa bahagia. Tidak faham, tafsir dihadam. Tidak tahu, bertanya guru.

Bertengkar juga perlu. Sekali-sekala rasa disindir. Tak sah berteman al-Quran kalau tak pernah menangis. Lagi-lagi bila sayang, hati jadi lebih rapuh.

Al-Quran rukun iman keempat. Mana mungkin disayangi Allah tanpa sayang pada Al-Quran. Sudah selak mushaf hari ini?

Comment wisely. All comments are subjected to Act 588 MCMC 1988.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.