Cantik


Hari ini hari penting. Aku tak boleh tidur malam tadi. Resah. Gementar. Bahagia. Bercampur-aduk.

Sudah berkali-kali aku betulkan tudung dan selendang ini. Aku belek-belek pin di dagu.

“Dah molek dah tu,” kata mak andam entah buat kali ke berapa.

Aku tersenyum kelat. Mak andam gelakkan aku. Dia tentu sudah biasa dengan pelbagai ragam pengantin.

“Tok kadi dah sampai,” bisik sahabat baikku, pengapitku hari ini, sebaik selepas menjengah ke luar. Dia menggenggam tanganku, memberi sokongan, sambil mengangguk dan tersenyum.

Aku terus rasa seram sejuk. Tanganku basah dengan peluh. Tisu dalam genggaman sudah bergumpal, entah berapa helai habis terbuang. Kepala rasa bengap. Perut rasa senak.

‘These aren’t butterflies. These are dragons. Shoot!’ Aduh, perut! Tolonglah beri kerjasama!

Tok kadi memanggilku keluar. Bila melangkah, aku terdengar suara “Eh, gemuknya pengantin perempuan!” dari kawasan duduk keluarga tetamu.
.
.
.

Langkah aku terhenti. Dada rasa senak. Muka rasa panas. Cepat aku kawal air mata dari tumpah. Terus melangkah ke tempat yang disediakan untukku.

‘Mungkin dia tak sengaja nak bagi aku dengar,’ aku memujuk diri sendiri.

Dalam aku sibuk memujuk diri, sudah selesai semua khutbah, akad dan bacaan doa.

‘Alamak! Dah kena bersalam.’

‘Eh, kenapa kipas dalam rumah ni semua tak rasa masa ni?’

Beliau mendekatiku. “Awak nampak cantik sangat hari ni.”
.
.
.

Setengah saat. Mungkin itu masa yang diambil untuk mengucapkan ayat tersebut. Namun, semuanya bergerak dengan sangat perlahan sebaik saja ayat itu habis diungkapkan.

Hilang semua suara orang di sekeliling kami. Serasa ada bayu lembut meniup dari arah atas kami. Naga-naga dalam perutku terjinak.

Aku sambut huluran tangannya.
Pertama kali.
.
.
.

Dan akhirnya aku memahami maksud ‘cantik’.

“It only matters to the one who matters.”
.
.
.
.
.

Nur Afzani Tual
#ajanstorytelling

Comment wisely. All comments are subjected to Act 588 MCMC 1988.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.