Ada orang pernah kata saya banyak cakap. Sekarang saya trainer pengucapan awam.

Ada orang pernah kata saya kuat berangan. Sekarang saya menulis cerpen.

Ada orang pernah kata saya pantang nampak makanan. Sekarang saya pergi food review.

Bukan salah orang mengata. Itu boleh jadi cerminan untuk perbaiki diri. Usah rasa lemah sebab kelemahan kita disebut-sebut.

Sebaliknya, cari cara untuk tukar kelemahan itu jadi kekuatan. Jadi orang hebat.

Tak cantik? Tak kacak? Bina aura karisma sampai orang terpesona bila anda bercakap.

Tak berani bercakap? Banyakkan membaca sampai tulisan anda sarat ilmu, buat orang berguru.

Tak belajar tinggi? Tambah ilmu dan amal sampai boleh ajar orang lain.

Jadi hebat. Tetap pandang ke bumi. Hidup beri manfaat. Moga setiap inci kita jadi pujaan penghuni langit.