• Bayar diri sendiri dulu

Bayar diri sendiri dulu supaya diri saya pada masa tua nanti berterima kasih dengan diri saya sekarang. Simpan 10% daripada pendapatan saya sebelum gunakan untuk bayar orang lain (syarikat elektrik, syarikat air, syarikat telekomunikasi, tuan rumah dan sebagainya). Asing siap-siap 10% supaya jadi habit. Saya mesti belajar untuk hidup dengan baki 90% pendapatan saya.

  • Rekod seluruh aliran tunai

Rekod seluruh aliran tunai untuk dapatkan big picture hubungan kita dengan wang. What you focus on, improves. Dengan rekod, baru kita boleh kesan di mana yang boleh diperbaiki.

Ada banyak cara untuk rekod, seperti tulis dalam buku, guna Excel sheet atau guna aplikasi telefon pintar seperti AndroMoney. AndroMoney adalah aplikasi kegemaran saya kerana saya boleh eksport data dalam telefon ke fail Excel, selain boleh dimuatnaik ke akaun Google.

  • If I can’t afford it twice, I don’t buy it

Sekarang saya ingin ada kamera aksi DJI Osmo Action yang berharga RM1400. Saya beli kamera tersebut setelah saya ada tunai dalam tangan RM2800.

DJI Osmo Action review from http://www.engadget.com