Ujian Tanda Allah Sayang


Pernah tak hadap situasi begini atau seumpamanya? Awak sedang jalan-jalan di taman, hirup udara segar pada petang hari. Awak sendirian, tak kacau orang, tak buat bising. Cuma lalu di laluan pejalan kaki saja. Petang itu pun hari bekerja, jadi tak ramai orang lari, berjalan atau berkelah. Tiba-tiba, awak tersadung pada satu akar pokok yang entah muncul dari mana. Serasa tadi tiada di laluan.

Kita tak boleh kawal kejadian seumpama itu. Tapi kita boleh kawal reaksi kita ketika peristiwa itu berlaku. Kita boleh marah, kita boleh tenang atau kita boleh belajar sesuatu – apa pilihan kita?

Jenis-jenis Ujian

Lelaki yang sudah berjumpa dengan wanita yang baik dan simpan hasrat murni memperisterikan pilihann hatinya boleh diuji dengan cabaran kewangan hingga terpaksa menangguhkan hasratnya.

Wanita yang baru menutup aurat sempurna diuji bila gambar-gambar lamanya dipertontonkan dan diejek-ejek di laman sosial.

Orang yang kuat amalan agamanya dan tinggi ilmunya diuji gangguan makhluk halus.

Orang yang tinggi pencapaian akademik dan memenangi macam-macam anugerah diuji dengan masalah mental yang mengganggu jati diri dan kerjayanya.

Tujuan Allah Uji

Allah uji sebab Dia mahu menaikkan darjat kita di sisinya. Allah Maha Penyayang, tak mungkin Dia menguji untuk menggagalkan hamba-Nya. Bak guru yang beri ujian dan mahu semua muridnya lulus cemerlang. Ujian yang Allah beri pasti ada jawapannya.

Allah uji untuk menghapuskan dosa kita. Ada sesuatu yang kita perlu belajar. Mungkin ada silap yang Allah ampunkan. Dan pelajaran dari teguran-Nya itu akan menjadikan kita manusia lebih baik.

Syukur dan Sabar

Jangan dilupa! Kesusahan boleh jadi satu ujian atau satu nikmat. Malah, kesenangan boleh jadi satu nikmat atau ujian.

Semoga kita semua jadi mukmin luarbiasa yang sentiasa syukur dan sabar.

Comment wisely. All comments are subjected to Act 588 MCMC 1988.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.