Pengalaman Pertama di Litar Antarabangsa Sepang


Litar Antarabangsa Sepang, pengalaman masuk kali pertama yang mengujakan | Masuk ke Litar Antarabangsa Sepang buat pertama kali sudah cukup mengujakan bagi saya. Apatah lagi masuk ke dalam Media Paddock yang dikhaskan untuk wartawan sukan membuat liputan perlumbaan secara langsung.

Kami sampai lebih kurang jam 10 pagi dan diberi taklimat dan mendapat pelepasan masuk akhirnya pada jam 11 pagi. Laluan masuk kami hanya dikhaskan untuk staf bertugas, pasukan perlumbaan dan pasukan media. Kawalan masuk juga amat ketat di kawasan media paddock.

Taklimat. Muka ketat sebab menghadap matahari.
Pas media. Mesti berdaftar dengan Kad Pengenalan atau pasport.

Bas hanya dibenarkan sehingga kawasan parking. Jauh juga kena berjalan dalam kawasan luas tu. Patutlah staf di sini kurus-kurus semuanya. Ambil satu gambar di pintu masuk, mesti. Ini ibarat mercu tanda Litar Sepang.

Bergambar di pintu masuk Litar Antarabangsa Sepang.

Kami dibawa melihat sendiri seluruh kawasan media paddock di Litar Sepang, termasuklah dewan liputan perlumbaan langsung di mana semua wartawan melihat perlumbaan dan mencerap keputusan perlumbaan, podium tempat pemenang diraikan dan dewan makan di mana kami terserempak dengan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof, yang peramah orangnya.

Dewan sidang media di paddock Litar Antarabangsa Sepang.
Bergambar dengan Datuk Musa Yusof, Ketua Pengarah Tourism Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang.
Podium.

Boleh lihat suasana di media paddock dalam video saya di bawah:

About Sepang International Circuit

The Sepang International Circuit is a motorsport race track in Sepang, Selangor, Malaysia. It is located approximately 45 km south of Kuala Lumpur, and close to Kuala Lumpur International Airport. Wikipedia.

Official website of Sepang International Circuit

www.sepangcircuit.com/

Location of Sepang International Circuit

2 thoughts on “Pengalaman Pertama di Litar Antarabangsa Sepang

Comment wisely. All comments are subjected to Act 588 MCMC 1988.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.