Memori Perang Dunia Kedua di Kelantan


Tinggalan kesan Perang Dunia Kedua di Kelantan – Kubu British, Bank Kerapu dan Menara Jam Kedamaian | Sebuah filem Hollywood mengisahkan yang serangan Jepun ketika Perang Dunia Kedua bermula di Pearl Harbour. Namun, sebenarnya tentera Jepun sudah mula mengebom dan menjejakkan kaki di Kelantan sebelum Pearl Harbour diserang lagi. (sumber: The Star)

Menara Jam Kedamaian

Kesan tinggalan Perang Dunia Kedua masih boleh dilihat di sekitar Kelantan. Antaranya, Menara Jam Kedamaian yang dibina oleh veteran Tentera Jepun di Taman Bendahara pada Februari 1988 untuk memperingati pendaratan pertama tentera Jepun di Pantai Padang Pak Amat, Sabak, Kelantan pada 8 Disember 1941 ketika Perang Dunia Kedua. Pembinaan menara ini bertujuan menginsafi dan mensyukuri kedamaian dan kebebasan yang dikecapi pasca perang. (sumber: Tourism Malaysia Kelantan)

Menara Jam Kedamaian di Kota Bharu kelantan dibina pada Februari 1988 oleh veteran Jepun sebagai simbol kedamaian dan mensyukuri kebebasan selepas Perang Dunia Kedua.
Asalnya Menara Jam Kedamaian ini mempunyai jam di puncaknya.
Menara Jam Kedamaian di Kota Bharu kelantan dibina pada Februari 1988 oleh veteran Jepun sebagai simbol kedamaian dan mensyukuri kebebasan selepas Perang Dunia Kedua.
Tulisan di bahagian depan rumi, manakala di sisi ini, jawi.

Menara Jam Kedamaian ini terletak di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kelantan. Menara ini seakan dilupakan oleh masyarakat tempatan. Saya telah “add missing place” dalam Google Maps. Untuk mencari lokasinya, sila rujuk peta di bawah.

Kubu British depan Pasar Tok Guru

Jika anda biasa membeli-belah di Pasar Tok Guru, anda mungkin perasan satu binaan daripada batu yang dipagar di kawasan tepi jalan utama. Kubu ini kelihatan rendah, tetapi sebenarnya ia semakin tenggelam disebabkan struktur tanah semulajadi (mungkin akibat banjir) dan penaiktarafan jalan.

Kubu British di Kota Bharu Kelantan, berhadapan Pasar Tok Guru.
Kubu British. Anda boleh lihat Pasar Tok Guru betul-betul di belakang sana.
Kubu ini terletak di tepi jalan utama.

Kubu ini berdekatan dengan Menara Jam Kedamaian di Taman Bendahari di atas. Jika anda tidak pasti lokasinya, boleh rujuk peta di bawah.

Muzium Perang (Bank Kerapu)

Muzium Perang atau Bank Kerapu menghimpunkan artifak-artifak Perang Dunia Kedua di Malaya yang bermula bila tentera Jepun menjejakkan kaki di Kelantan dengan berbasikal. Muzium ini baru saja dinaiktaraf semasa saya masuk minggu lepas.

Bank Kerapu dari depan.
Pintu masuk Muzium Perang berlatarkan bendera British dan Jepun.
Ada periuk api.
Mural 3D dalam muzium.

Bangunan ini dipanggil Bank ‘Kerapu’ kerana ia asalnya sebuah bank tertua di Kelantan. Bank ini kemudiannya diambil alih oleh kerajaan Jepun untuk dijadikan pusat pemerintahan mereka. ‘Kerapu’ pula bermaksud kasar menggerutu, merujuk kepada dinding bangunan ini yang kasar kerana diperbuat daripada batu kapur yang diperkukuh dengan batu kerikil. Teknologi ini menjadikan bangunan ini tidak terganti kerana sudah digunakan dalam pembuatan bangunan moden.

Lokasi Muzium Perang adalah seperti di bawah.

Laman web rasmi Muzium Kelantan.

muzium.kelantan.gov.my/

Boleh jengah Facebook saya untuk melihat lebih banyak gambar lokasi-lokasi ini.

2 thoughts on “Memori Perang Dunia Kedua di Kelantan

Comment wisely. All comments are subjected to Act 588 MCMC 1988.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.