Makan-makan di Kota Bharu, Kelantan


Satu hari makan-makan di Kota Bharu, Kelantan | Pagi di Pasar Siti Khadijah, tengah hari di Royal Guest House dan malam di Dataran Bandaraya Kota Bharu. Ini antara tiga tempat makan yang kami pergi dalam fam trip dengan Tourism Malaysia Kelantan sempena Visit Malaysia 2020 yang disambut pada 1 Januari yang lalu. Untuk kami yang jauh dari Selatan (dan seorang dari Borneo), banyak makanan Kelantan yang baru kami kenal dalam trip ini.

Kalau saya ada satu hari saja di Kelantan, inilah tiga tempat yang saya akan pergi lagi, cukup untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Pasar Siti Khadijah

Makanan di Pasar Besar Siti Khadijah, Kelantan.
Sebahagian kecil makanan di Pasar Besar Siti Khadijah

Pasar Besar Siti Khadijah memang tersohor sebagai tempat membeli-belah yang menjual pelbagai barangan termasuklah makanan, buah-buahan, bahan masakan, kain ela, pakaian, perkakas dapur, dan macam-macam lagi. Terlalu banyak pilihan makanan di pasar yang mempunyai 4 tingkat ini. Kita boleh sarapan pagi dengan duduk makan di sini atau beli bungkus dan bawa untuk makan di tempat lain. Pasar Siti Khadijah dibuka seawal 7 pagi dan ditutup pada jam 6 petang.

Pintu utama Pasar Besar Siti Khadijah
Pemandangan dari depan Pasar Siti Khadijah.
Kuih akok
Tingkat bawah Pasar Besar SIti Khadijah.
Kawasan tingkat bawah di Pasar Siti Khadijah.
Kuih beko

Lokasi Pasar Besar Siti Khadijah:

Royal Guest House

Royal Guest House merupakan sebuah hotel yang terletak dalam kawasan Pusat Pelancongan di Kota Bharu, Kelantan. Jika bermalam di sini, anda boleh berjalan kaki ke Kampung Kraftangan, Muzium Kraf dan Istana Jahar. Pasar Besar Siti Khadijah pula hanya 5 minit perjalanan dari sini. Saya berpeluang makan tengahari di sini pada hari pertama fam trip kami. Sedapnya ikan siakap masak khengsom tu. Sampai hari ini teringat-ingat.

Ikan siakap khengson di Royal Guest House Kota Bharu Kelantan
Ikan siakap khengson di Royal Guest House.

Boleh tengok semua menu makan tengahari kami di bawah.

Ikan KhengsomUdang goreng telur masinSotong goreng tepungDaging masak merahAyam masak manggaAntara menu sedap di…

Posted by Nota Afzani Tual on Thursday, January 9, 2020

Laman rasmi Royal Guest House, Kota Bharu, Kelantan.

royalguesthse.com/

Dataran Bandaraya Kota Bharu

Dataran Bandaraya Kota Bharu, yang terletak berhadapan dengan Jewels Hotel, meriah dengan food truck dan busking band pada waktu malam. Memang seronok sangat jadi tempat lepak dan makan dengan kawan-kawan atau famili. Pilihan makanan sangat pelbagai dan boleh tahan sedap-sedap.

Di buka pada jam 6 petang, berhenti seketika pada waktu Maghrib lebih kurang sejam, dan bersambung sehingga tamat jam 12 tengah malam.

Char kuew teow, kambing bakar dan nasi goreng kambing stambong di Dataran Bandaraya Kota Bharu. (lama baru aku dapat tangkap “stambong” tu apa hahahahhahaha)
Roti cheese tarik dan cheese corn dog di Dataran Bandaraya Kota Bharu.

Saya paling suka cheese corn dog, baby crab goreng dan boba milk coffee. Ada banyak lagi makanan yang kami makan malam tu, boleh tengok dalam Facebook page saya di bawah.

Dataran Bandaraya Kota Bharu meriah dengan food truck dan busking band pada waktu malam. Makanan-makanan yang ada boleh tahan. Sesuai untuk hang out dengan rakan-rakan dan famili.

Posted by Nota Afzani Tual on Friday, January 10, 2020

Lain kali kalau datang lagi, saya nak cuba juga nasi kerabu, ayam goreng cheese ‘berlengaih’, colek buah dan banyak lagi yang ada di situ.

Lengkaplah satu hari makan-makan di Kota Bharu, Kelantan dari pagi sampai malam.

2 thoughts on “Makan-makan di Kota Bharu, Kelantan

Comment wisely. All comments are subjected to Act 588 MCMC 1988.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.