Belajar Tanam Misai Kucing di Bioalpha Desaru Herbal Park, Johor


Seumur hidup, tak pernah lihat, tak pernah terfikir cara menanam dan tak pernah terbayang rupa pokok misai kucing, sampailah berpeluang melawat ke Bioalpha Desaru Herbal Park minggu lepas. Dalam lawatan setengah hari itu, kami ditaklimatkan tentang Bioalpha dan anak-anak syarikatnya termasuklah ladang-ladangnya di Malaysia, serta produk-produk yang dihasilkan oleh kumpulan syarikat ini. Kami juga berpeluang melawat Desaru Herbal Park dan belajar tentang tanaman-tanaman herba misai kucing, tongkat ali, dan durian belanda. Kami juga turut diajar praktikal cara menanam dan menuai misai kucing. Buat masa ini, ladang ini masih belum dibuka untuk pelancongan. Suatu masa nanti, bila ladang ini dibuka untuk orang ramai merasai sendiri aktiviti perladangan herba, pasti pengalaman itu sungguh menarik dan dapat mempromosikan lagi kekayaan hasil bumi herba tempatan.

Desaru Herbal Farm
Minum air kelapa di Desaru Herbal Farm
Encik William Hon, Managing Director Bioalpha
Managing Director Bioalpha, Encik William Hon, berdiri dengan misai kucing yang baru dituai.
Desaru Herbal Farm misai kucing
Belajar tentang misai kucing di Desaru Herbal Farm
Praktikal menanam misai kucing di Desaru Herbal Farm
Praktikal menanam misai kucing di Desaru Herbal Farm

Bioalpha

Kenali Bioalpha Holdings Berhad melalui 10 fakta penting di bawah.

1. Penubuhan Bioalpha

Bioalpha merupakan kumpulan syarikat makanan tambahan kesihatan bersepadu yang meliputi penanaman herba, R&D, penghasilan produk, pemasaran dan farmasi. Bioalpha Holdings Berhad telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan disenaraikan dalam Pasaran ACE Bursa Malaysia sejak tahun 2015. Menguruskan ladang herba terbesar di Malaysia ketika ini, Bioalpha menjangkakan keuntungan dalam tahun 2020 kerana banyak tanaman herbanya sudah matang untuk dituai. Bioalpha juga menjangkakan aliran tunai tambahan dengan penjualan lebihan hasil herba kepada pihak ketiga.

2. Ladang herba terbesar di Malaysia

Bioalpha kini menyeliakan ladang herba terbesar di Malaysia dengan jumlah keluasan 1,303 ekar di Terengganu dan Johor. Kedua-dua ladang ini telah diakreditasikan dengan sijil Malaysian Good Agriculture Practices, MyGAP dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ladang-ladang ini menggunakan teknik penanaman organik, seperti menggunakan baja organik, untuk meminimakan kesan perladangan atas alam sekitar.

Kelapa dan misai kucing ditanam secara bersuam di Desaru HErbal Farm
Kelapa disulam tanam untuk melindungi misai kucing dari panas terik matahari di Desaru Herbal Farm

3. Bioalpha R&D

Kumpulan R&D Bioalpha menghasilkan lebih 30 formula baru setiap tahun dan kini memiliki lebih daripada 300 formula secara keseluruhan.

4. Bioalpha tertumpu pada Malaysia, Indonesia dan China

Bioalpha menyasarkan produk mereka kepada konsumer dalam Malaysia, Indonesia dan China.

5. Constant Pharmacy

Bioalpha menubuhkan rangkaian farmasi Constant supaya pengguna mendapat akses terus kepada produk mereka. Cawangan Constant pertama di Johor terletak di Mid Valley Southkey Johor Bahru. Di seluruh Malaysia, terdapat lebih 20 cawangan Constant.

Constant Pharmacy
Constant Pharmacy milik Bioalpha

6. Apotec

Apotec merupakan jenama produk-produk herba keluaran Bioalpha.

7. Desaru Herbal Park, Johor

Desaru Herbal Park mempunyai keluasan 300 ekar, dengan 100 ekar yang sudah bertanam dan 200 ekar lagi dalam proses pembangunan. Hasil utama ladang ini adalah misai kucing dan durian belanda. Selain itu, tongkat ali, kelapa, tembikai dan serai turut ditanam di ladang ini. Daun Misai Kucing, Serai dan Durian Belanda dituai untuk dijadikan teh. Tanaman yang dalam proses penanaman di Desaru Herbal Park termasuklah roselle, keledek dan pudina.

8. Pasir Raja Herbal Park, Terengganu

Dengan keluasan penuh 1,003 ekar, 260 ekar daripada Pasir Raja Herbal Park sudah ditanam manakala bakinya masih dalam proses. Selain daripada tanaman-tanaman seperti di Desaru Herbal Park, ladang ini turut mengeluarkan halia muda, kunyit, kacip fatimah, hempedu bumi, mas cotek dan roselle.

9. Bioalpha pengeluar Misai Kucing terbesar di Malaysia

Hasil pengeluaran Misai Kucing dari Bioalpha kebanyakannya dieksport ke Korea.

Desaru Herbal Farm - Bioalpha - Misai kucing
Bunga misai kucing di Desaru Herbal Farm

10. Produk kesihatan utama Bioalpha

Produk-produk makanan kesihatan Bioalpha termasuklah Misai Kucing, Prima Tongkat Ali dan Femin Plus. Tongkat Ali terkenal secara tradisional untuk melancarkan perjalanan darah, meningkatkan tenaga seksual, menambah tenaga dan meningkatkan jisim otot. Kacip Fatimah (produk Femin Plus) pula menyeimbangkan hormon dan haid, mengurangkan masalah senggugut, menguatkan badan selepas bersalin dan memperbaiki aliran darah.

Bioalpha turut mengeluarkan produk-produk berasaskan daun betik untuk membantu penyembuhan dari denggi dan produk-produk berasaskan Tongkat Ali dalam bentuk teh, kapsul, minuman sedia diminum dan kopi 3 dalam 1.

Kelebihan Misai Kucing pula akan saya ceritakan dengan panjang lebar di bawah.

Misai Kucing

Misai Kucing merupakan herba yang digunakan untuk memperbaiki fungsi buah pinggang, menambahbaik fungsi hati dan mencegah gout. Misai Kucing merangsang pertumbuhan kristal oxalate dalam badan manusia lalu mengurangkan risiko pengumpulan mineral dalam buah pinggang. Misai Kucing turut berfungsi sebagai ejen diuretik dan hipourisemik yang berpotensi untuk gout dan masalah buah pinggang lain. Misai Kucing juga mempunyai fungsi anti-diabetik yang membantu kawalan diabetes untuk pesakit yang tidak bergantung pada insulin.

Apotec Misai Kucing keluaran Bioalpha dikeluarkan dalam bentuk teh. Rendam uncang teh selama 1 hingga 2 minit sebelum diminum dan diambil 1 atau 2 uncang sehari. Apotec Misai Kucing boleh didapatkan dari farmasi Constant.

Teh misai kucing Apotec boleh didapatkan dari Constant Pharmacy, Shopee dan Lazada.

Laman Rasmi Bioalpha

http://bioa.com.my/

Bioalpha Interational

Laman Rasmi Apotec

Laman Rasmi Constant Pharmacy

2 thoughts on “Belajar Tanam Misai Kucing di Bioalpha Desaru Herbal Park, Johor

Comment wisely. All comments are subjected to Act 588 MCMC 1988.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.