Ayu Fashion

Ayu Fashion, tukang batik yang mengekalkan teknik tradisional dalam pembuatan batik | Pernah lihat bagaimana cari menghasilkan batik menggunakan teknik tradisional iaitu blok? Saya berpeluang melihat sendiri bagaimana batik dihasilkan dengan kaedah blok dalam fam trip anjuran Tourism Malaysia ke Kelantan yang lepas. Saya amat kagum dengan usaha pemilik Ayu Fashion dalam mengekalkan warisan tradisi yang unik ini.

Ayu Fashion terkenal kerana unik menggunakan kaedah tradisional membuat batik iaitu blok. Tambahan pula, setiap blok yang di gunakan adalah unik. Maksudnya tiada corak yang akan berulang. Apa yang anda beli tidak akan sama dengan mana-mana batik lain.

Antara beratus-ratus blok yang telah digunakan, dipamerkan di dinding dan bumbug dalam kilang Ayu Fashion, Kampung Talak, Tumpat, Kelantan
Antara beratus-ratus blok yang telah digunakan, dipamerkan di dinding dan bumbug dalam kilang Ayu Fashion

Terletak di Kampung Talak, Tumpat, Kelantan, Ayu Fashion mengekalkan kualiti batiknya dengan cara menggunakan blok yang unik, diwarnakan dengan tangan dan mengekalkan teknik tradisional yang sudah tidak digunakan lagi oleh mana-mana tukang batik.

Batik yang siap dililin dengan blok akan ditarik dan dikeringkan secara semulajadi di Ayu Fashion, Kampung Talak, Tumpat, Kelantan
Batik yang siap dililin dengan blok akan ditarik dan dikeringkan secara semulajadi di Ayu Fashion.

Kain putih yang siap dililin akan ditarik dan dijemur supaya kering secara semulajadi. Proses ini mengambil masa dari seminggu ke dua minggu. Inilah antara sebab yang menjadikan penghasilan batik dengan kaedah blok ini rumit.

Proses mewarnakan batik di Ayu Fashion, Kampung Talak, Tumpat, Kelantan
Proses mewarnakan batik di Ayu Fashion.

Batik yang sudah kering kemudiannya diwarnakan. Pelanggan boleh menentukan sendiri corak dan warna batik semasa membuat tempahan. Pelanggan juga boleh datang terus ke Ayu Fashion untuk membeli batik yang sudah siap.

Antara koleksi kain di Butik Ayu Fashion, Kampung Talak, TUmpat, Kelantan
Antara koleksi kain di Butik Ayu Fashion.
Butik Ayu Fashion, Kampung Talak, TUmpat, Kelantan
Butik Ayu Fashion.

Harga batik boleh mencecah ribuan ringgit apabila proses lilin, tarik dan warna perlu dilakukan berulang kali untuk mendapatkan corak yang diinginkan, seperti batik dalam gambar di bawah.

Batik Ayu Fashion 4m ini berharga ribuan ringgit kerana kerumitan proses membuatnya.
Batik Ayu Fashion 4m ini berharga ribuan ringgit kerana kerumitan proses membuatnya.

Ayu Fashion turut menerima tempahan secara pukal, seperti baju seragam batik untuk sekolah dan korporat.

Lokasi Ayu Fashion

Papan tanda di hadapan Ayu Fashion, Kampung Talak, Tumpat, Kelantan
Papan tanda di hadapan Ayu Fashion

Hubungi Ayu Fashion melalui nombor telefon

09-719 6178

Laman Facebook Ayu Fashion

Comment wisely. All comments are subjected to Act 588 MCMC 1988.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.