Melancong Percuma Seumur Hidup Dengan Tabung Travel


Semua orang boleh melancong percuma dengan cara ini | Ada dua jenis kaki travel – jenis yang belanja gaya YOLO (you only live once) dan jenis yang berjimat-cermat gaya backpackers. Apa pun gaya anda, yang penting dalam menabung untuk melancong, jangan lupakan tabungan hari tua, haji dan untuk beli rumah. Hidup yang bahagia adalah hidup yang seimbang.

Seronok kan kalau dapat melancong percuma seumur hidup? Kaki travel sekalian, anda nak tahu caranya? Jangan salah faham ya! Percuma seumur hidup bukan bermaksud diberi percuma. Anda perlu usaha sungguh selama beberapa tahun sebelum menuai hasil percuma itu.

Saya perkenalkan konsep Tabung Travel. Simpan 6 tahun lalu tuai hasilnya seumur hidup.

Tabung Travel

Anda simpan RM1000 setiap bulan. Letakkan RM700 dalam dana agresif, dan RM300 dalam dana bon/sukuk. Setiap tahun, pastikan anda semak keseluruhan dana anda dan seimbangkan semula supaya nisbah 7:3 itu kekal.

Pastikan anda buat penyeimbangan portfolio setiap kali pasaran saham merudum untuk memaksimakan potensi keuntungan dana anda. Anda boleh baca topik ini dengan lebih terperinci dalam post 3 Tindakan Pelabur Unit Amanah Bila Pelaburan Negatif.

Dianggarkan potensi keuntungan purata 10% setahun. Dengan simpanan berterusan RM1000 setiap bulan, anda boleh memenuhkan Tabung Travel anda sebanyak RM100,000 seperti kiraan di bawah.

Simpanan RM1000 setiap bulan selama 6 tahun dengan pulangan purata 10% setahun.

Setelah Tabung Travel anda cukup RM100,000, pindahkan semua amaun dari dana ekuiti kepada dana bon / sukuk dan dapatkan keuntungan tahunan 3% hingga 6% bergantung kepada keadaan pasaran semasa. Gunakan keuntungan dan dividen ini untuk melancong tanpa mengusik capital RM100,000 anda.

Biarkan capital RM100,000 tersebut untuk terus dapatkan pendapatan tahunan dan gunakannya untuk melancong. Inilah konsep Tabung Travel melalui unit amanah.

Advertisement

One thought on “Melancong Percuma Seumur Hidup Dengan Tabung Travel

Comment wisely. All comments are subjected to Act 588 MCMC 1988.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.