Covid-19, hikmah di sebalik dugaan yang payah | Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Insyirah yang bermaksud,
Maka sesungguhnya bersama setiap kesusahan adalah kesenangan. Sesungguhnya bersama setiap kesusahan adalah kesenangan.
al-Quran 94: 5 – 6
Allah sudah janjikan kemudahan bagi setiap kepayahan yang manusia lalui. Ada pelangi selepas hujan panas. Begitulah perihal yang sesuai menggambarkan situasi Covid-19 ini.
Tak dinafikan, ramai golongan yang menghadapi cabaran ekonomi, sosial dan mental. Ada keluarga yang ikat perut. Kes-kes keganasan rumah tangga dilaporkan meningkat kerana bersesak ‘terkurung’ di rumah. Berlaku juga perkongsian tentang klaustrofobia kerana terlalu lama terkurung di rumah.
Saya amat bersyukur kerana saya tinggal bersama akan-rakan yang positif dalam satu rumah. Setiap hari, ada saja projek memasak dan mengemas rumah. Sempena hampir puasa dan raya ini, bagus juga projek-projek ini. Rumah sewa kami juga luas dan selesa, berdekatan dengan segala macam kedai barangan keperluan, bukan saja untuk manusia, malah kucing-kucing kami. Internet sentiasa ada, kecuali gangguan-gangguan sementara, itu biasalah. Alhamdulillah syukur.
Membaca dan mengikuti perkembangan sekeliling melalui internet, panggilan telefon dan pertemuan Zoom, saya mennyedari ada beberapa kebaikan yang kita dapat dari situasi berkurung Covid-19 ini. Saya kongsi ya.
Kualiti air dan udara meningkat
Banyak resepi baru tercipta
Antara aktiviti menarik di rumah adalah memasak di dapur dan menikmatinya beramai-ramai dengan keluarga. Perintah Kawalan Berkurung ini membuatkan buku resepi dalam kepala saya bertambah isinya. Nanti saya kongsi menu-menu PKP saya lain kali ok.
Saya paling terhibur dengan kumpulan Facebook “Masak Apa Tak Jadi Hari Ini” yang mengumpulkan masakan-masakan tak jadi. Meriah sungguh sebab ramai orang perlu hiburan masa PKP ni. Silalah masuk group tu untuk hilangkan stress awak. Link kat bawah ni ye.
Peluang belajar secara global di alam maya
Walaupun banyak training atas talian dalam dunia milenium ini, bukan semua training boleh diakses atas talia setiap masa. Tapi pandemik ini membuka lebih banyak peluang kepada lebih ramai orang. Asalnya sebab penganjur terpaksa buka atas talian, tapi peserta-peserta dapat hadir dari seluruh pelusuk dunia sebab kos atas talian jauh lebih murah dari kos travel.
Contohnya saya sebagai Toastmaster, saya bukannya dapat pergi ke semua kelab yang jauh daripada saya. Kini saya dapat menghadiri perjumpaan kelab Toastmasters di mana-mana di seluruh dunia dan berhubung dengan rakan-rakan Toastmasters baru.

Boleh sertai kami dalam perjumpaan akan datang. Ikuti kami di Facebook dan Instagram ya.
Jika anda terjejas teruk akibat Covid-19, saya doakan situasi anda semakin pulih dan tenang. Semoga kita semua bangkit dengan cara baru sehabisnya pandemik ini nanti. Lagipun, manusia adalah spesis paling mahir beradaptasi di dunia.
Jadi, apa lagi hikmah Covid-19 yang anda nampak? Kongsilah dengan saya.
untuk saya, lebih banyak video call dengan family sepanjang pkp..dulu, mana nak video call..menyampah…hahaha
Hahaha. Akak masih fail bab ni.