
Dalgona coffee, kopi artisan yang menceriakan hari | Assalamualaikum dan salam sejahtera, pembaca!
Dalgona coffee dah viral sejak bulan lepas dan makin menjadi-jadi sejak Perintah Kawalan Pergerakan sekarang. Kisahnya bermula bila Kak Di, kawan kami, datang rumah buat kopi ni. Lepas tu, Sunah kemaruk, rezeki akulah dapat minum selalu. Alhamdulillah.
Boleh tengok resepi asli di blog beliau Sunah Suka Sakura.
Selepas minum dua kali, kami rasa kopi tu pekat dan manis sangat, jadi kami ubah sikit.
Resepi Dalgona Coffee
Resepi untuk 2 orang minum
1 sudu besar Serbuk kopi segera
2 sudu besar Gula
2 sudu besar Air panas
Pukul sampai naik macam meringue. Bagaimana nak tahu dah cukup naik? Bila anda sengetkan atau terbalikkan bekas, meringue tak bergerak atau tak jatuh, tapi melekat diam di permukaan bekas tu.
Jadi bila dah ubah sikit resepi ni, rasanya ok sikit untuk saiz secawan, seorang minum. Tapi kalau kau jenis buat kopi dalam kole old school macam aku, 3 sudu besar pun boleh. Kahkah. Pastikan coffee tolerance anda tinggi ya.
Resepi Dalgona Mocha
Mocha itu campuran kopi dan koko. Jadi, cuma tambah serbuk koko atau Milo ke dalam resepi asal. Serbuk koko lebih sedap rasanya.
Resepi untuk 2 cawan
1 sudu besar Serbuk kopi segera
2 sudu besar Serbuk koko
2 sudu besar Gula
2 sudu besar Air panas
Kalau dicampur sekali serbuk koko awal-awal, campuran tersebut tak akan naik kembang dan fluffy macam resepi asal. Helahnya adalah, pukul dulu serbuk kopi, gula dan air. Selepas kembang, baru campurkan serbuk koko dan gaul rata, tanpa perlu pukul. Jadilah dalgona mocha!
Resepi Dalgona Koko
Kalau serbuk koko tak boleh naik macam serbuk kopi, apa nak buat? Tipnya adalah tambahkan ovallete. Ovallete adalah sejenis pengemulsi yang biasanya dgunakan untuk buat kek.
Resepi untuk 2 cawan
2 sudu besar Serbuk koko
2 sudu besar Gula
2 sudu besar Air
1/2 sudu teh Ovallete
Campur semua bahan dan pukul hingga kembang.
Semoga perkongsian resepi ni menceriakan waktu-waktu buka puasa awak semua. Awak semua yang membaca ni, suka ke dalgona ni?
Si Sunah tu memang, tak sedar diri lagi tu, keje minum manis aje (jeles sebenonya), nanti habis PKP, srh dia tido sini, aku nak suruh dia buatkan hari-hari hahahaha
Hahaha. Akak la tidur sini pulak. Kikiki.
hahahhahahah!!! da benti la minum! dia semusim aje tu…semuanya bisikan syaitan..sebab bulan puasa ni takde pulak teringin..ehhh, alasannn!