Kalau hendak lembutkan daging dalam masakan, lakukan ini dulu sebelum masak |Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pembaca! Pertama kali masak daging tetel, saya nervous jadi saya cari cara-cara nak lembutkan daging. Maklumlah, kalau kuah dan rempah sedap, tapi daging liat, hilang selera nak makan kan.
Apa yang saya buat? Daging yang nak dimasak tengahari tu, saya keluarkan seawal 9 pagi. Selepas lebih kurang sejam, daging sudah tidak beku, saya lumurkan dengan asam jawa. Asam jawa yang saya lumurkan adalah kuantiti yang saya akan gunakan dalam masakan. Bergantunglah pada masakannya, seperti kari atau asam pedas. Asam jawa untuk kari mungkin kurang sikit berbanding asam pedas. Kemudian, saya masukkan balik daging ke dalam peti ais tapi bahagian penyejuk, bukan peti beku. Ini sebab saya ingin perap, tapi saya tak mahu tinggalkan daging di suhu bilik. Biarkan dalam sejam sebelum dimasak.
Apa yang saya baca, segala bahan masakan berasid boleh digunakan untuk lembutkan daging. Contohnya, cuka, lemon, limau dan tomato. Asid dalam bahan-bahan tersebut akan menguraikan protein pada daging dan melembutkan daging sebelum dimasak lagi.
Saya cuba gunakan cuka juga. Menjadi! Cuma kena pastikan daging dibasuh betul-betul untuk hilangkan rasa cuka itu. Mungkin saya terlebih letak masa itu.
Boleh cuba lembutkan daging sebelum masak lepas ni ya!
ooo patut la sedap sangat kari daging tetel hari tu…ehem…sedapnya roti puri…
Lepas raya pulak hahahaha
Thank you for the tips kak. Selalu rebus then letak pakai sudu je hehe. Masa kat Uni pula, kawan ajar letak cuka tp tak tau kuantiti dia banyak mana. Bila kwn letak cuka mmg lembut and sedap.
Thank you for the tips kak. Selalu rebus then letak pakai sudu je hehe. Masa kat Uni pula, kawan ajar letak cuka tp tak tau kuantiti dia banyak mana. Bila kwn letak cuka mmg lembut and sedap.
Pernah baca juga yang pakai sudu tu. Tapi tak pernah cuba.
Cuka tu tau laaa, asam jawa tak tau plak dan tak pernah cuba…
Cuka tu kalau nak cuci, cuci dengan teoung Ajan, lumur dan cuci daging tu…
Katanya, apa2 yang berasid boleh kak. Oh, cuci pakai tepung ya. Ok kak, tq for the additional tip.