Pengat ubi campur pisang


Pengat ubi buat pencuci mulut, panas sedap, sejuk pun sedap | Assalamualaikum dan salam sejahtera, semua! Pengat ubi ini bukanlah susah mana tapi aku jakon sebab aku pertama kali buat. Selama ni, makan yang Mak buat je. Osmet aku pengat keledek dan bubur jagung, pernahlah buat. Jadi, suatu hari, bila seorang Nada beli ubi lebih daripada buat boko ubi, aku pun jadikanlah pengat. Teringin pengat ubi Mak, nak balik kampung request, tak bolehlah pula. Terpaksalah buat sendiri.

Pengat ubi dan pisang
Beginilah rupa pengat ubi dari seorang amatur bernama Afzani. Nota: Daun pandan hiasan semata-mata ya, kau jangan makan pula.

Alang-alang ada pisang, masukkan sekali sebab nak dapatkan rasa masam-masam sikit. Lengkaplah gabungan manis, masin dan masam sekali.

Resepi Pengat Ubi Campur Pisang

1 biji Ubi kayu (lebih kurang isipadu botol air mineral 600mL)
5 cawan Air
1 sudu teh Garam
1 keping Gula Melaka (saiz sederhana)
2 helai Daun pandan
2 biji Pisang (saiz sederhana)
1/2 kotak kecil Santan (sama dengan 1 biji kelapa)

Semua sukatan di atas boleh diubahsuai ikut sedap tekak. Kalau suka kuah banyak, tambahlah air, garam, gula dan santan, contohnya. Kalau suka manis, boleh tambah gula melaka atau gula biasa.

  1. Potong ubi saiz lebih kurang sesuap, sedap nanti bila nak makan, tak payah potong.
  2. Masukkan ubi, air, garam, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan renehkan sehingga ubi empuk. Ubi yang empuk akan bertukar warna jernih, dan mudah dicucuk dengan garfu, sama macam ubi rebus.
  3. Bila ubi dah empuk, masukkan pisang.
  4. Masukkan santan.
  5. Reneh sampai mendidih.

Kalau tengok rupa pengat ubi aku tu pucat je, walaupun rasa ok saja. Mak aku kata, guna gula perang untuk warna lebih cantik dan rasa lebih smokey. Kesimpulannya, pengat ubi aku tak jadi macam yang aku idamkan Mak aku buat selalu. Bolehlah, buat hilang pingin.

Cuba dengan gula perang ok? Nanti share lah hasilnya.

4 thoughts on “Pengat ubi campur pisang

Comment wisely. All comments are subjected to Act 588 MCMC 1988.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.