RENtastic Bazar Makan-Makan, menu berbuka ala carte di Renaissance Hotel Johor Bahru | Cafe BLD, Renaissance Hotel Johor Bahru menjemput anda semua berbuka puasa dengan 6 set menu ala carte pilihan dengan harga serendah RM48. Terdapat juga 4 pilihan untuk penghantaran ke pintu rumah anda.
Senarai Menu RENtastic Bazar Makan-makan
Ayam Masak Merah | RM48
Ikan Bakar Sambal Portugis | RM48
Lamb Mandi | RM55
Nasi Beriani Ayam | RM48
Nasi Kerabu | RM48
Nasi Serai Wangi Ayam Percik | RM48
Semua set termasuk sup sebagai appetizer, kuih-muih, buah-buahan potong, minuman pilihan dan nasi tambahan (jika mahu).
Review RENtastic Bazar Makan-makan
Pilihan saya mestilah Lamb Mandi. Dihidangkan dengan nasi beriani, kepingan kambing yang banyak sangat memuaskan perut dan berbaloi-baloi dengan harga set ini. Siap ada sate dan rojak pedas. Kuih kegemaran saya, ketayap, pun ada.
Boleh tengok lebih banyak lagi gambar-gambar makanan yang saya makan di Facebook Nota Afzani Tual.
200 pelanggan pertama akan menerima cashback voucher bernilai RM24 untuk buffet dan sah dari Julai hingga September 2020 (tertakluk kepada terma dan syarat).
Tempat letak kereta juga percuma untuk pelanggan buat masa ini.
Tempah dengan cara menelefon +6073813322 atau WhatsApp +60177713327.
Prosedur Kawalan Dari Covid-19 Di Renaissance Hotel Johor Bahru
Ketika kami sampai, pintu hotel dibuka oleh staf hotel. Kemudian, suhu badan kami disemak dengan termometer oleh staf berkenaan. Kelengkapan sarung tangan getah dan penutup muka juga disediakan untuk pelanggan. Kami dikehendaki mengisi dan menandatangani borang penafian risiko Covid-19 dan meninggalkan alamat dan nombor telefon kami.
Di kawasan restoren pula, meja dan kerusi disusun supaya jarak minimum 1 meter dipenuhi. Semua staf hotel juga turut memakai penutup muka dan sarung tangan getah.
Tandas dan surau awam hotel ditutup untuk pelanggan. Jadi, sila rancang perjalanan untuk memastikan solat Maghrib dalam waktu.

Tempah Juadah Berbuka Untuk Penghantaran Ke Rumah
Anda juga boleh menikmati menu-menu dari Cafe BLD Renaissance Hotel Johor Bahru dari rumah dengan membuat tempahan penghantaran.
Cari CAfe BLD Renaissance Hotel Johor Bahru di MAGistrate 杂志大人 bawah nama menu 𝐁𝐚𝐳𝐚𝐫 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧-𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧 “𝐒𝐭𝐚𝐲 𝐇𝐨𝐦𝐞” 𝐓𝐚𝐤𝐞𝐚𝐰𝐚𝐲. #BringItHome tempah melalui TABLEAPP.com di https://bit.ly/CafeBLDTakeaway ATAU WhatsApp +60177713327.
terkenang-kenang pulak nasi kerabu tu ek..hahahah
Aku nak ketayap hahaha
Wowww RENtastic ko..geram lagi sekali aku membaca dan menengoknyaa…semua sedap-sedap, macam nak cuba lagi sekali…nasi kerabu tu sedapnyaa..