RENtastic Menu di Renaissance Johor Bahru Hotel


Makan tengahari dan makan malam mewah dengan harga mengejutkan di Renaissance Hotel Johor Bahru | Makan-makan pun meriah lagi setelah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dimulakan dan mulai esok dilonggarkan lagi kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Alhamdulillah Malaysia berada dalam keadaan terkawal, hasil jasa petugas baris hadapan dan usaha pelbagai pihak, termasuklah rakyat Malaysia yang berdisiplin dan patuh.

Mulalah ada yang bertanya di mana ada makan bufet ya? Nak sambut hari jadi di mana ya? Jamuan korporat dah dibuka? Sabar, tuan-tuan dan puan-puan. Bufet tak ada demi keselamatan kita semua. Tapi RENtastic Menu di Renaisaance Johor Bahru Hotel ada.

RENtastic Menu

Dengan hanya RM58 seorang, ada boleh nikmati semua menu utama RENtastic eat-all-you-can yang terdiri dari appetizer, spageti, masakan Cina, kerabu, masakan India digandingkan dengan roti nan, hidangan Barat, masakan Melayu, pilihan sup dan salad. Meriah kan?

Kemudian dengan tambahan dari RM45 ke RM65, anda boleh nikmati tambahan hidangan sampingan untuk dua orang berupa satay, makanan laut atas ais, hidangan panggang campuran atau tomyam claypot. Puas makan!

RENtastic Menu Renaissance Hotel Johor Bahru

Jangan risau tentang kebersihan kerana Renaissance Johor Bahru Hotel sangat mengambil berat isu kebersihan sejak Covid-19 melanda, kerana inilah mereka tetap dibenarkan beroperasi. Anda akan diminta meninggalkan nama dan nombor telefon di pintu masuk. Anda juga dikehendaki memakai topeng muka setiap masa kecuali semasa makan. Ruang awam seperti tandas dan surau juga ditutup. Pekerja-pekerja hotel juga dikehendaki memakai topeng muka dan sarung tangan sentiasa.

Renaissance Johor Bahru Hotel follows strict hygiene conduct amidst Covid-19

4 Menu Pilihan Saya dalam RENtastic Menu d Renaissance Johor Bahru Hotel

Pasta

RENtastic Menu at Renaissance Johor Bahru Hotel Pasta

Bolognese dan aglio olio itu buat saya makan banyak sekali. Sudah lama saya tak puji bolognese kerana ia agak biasa. Tai yang ini serius sedap.

Cucuk-cucuk

RENtastic Menu at Renaissance Johor Bahru Hotel platter ala kampung cucuk-cucuk

Jujurnya, sampai saja set hidangan sampingan ini, aku dah kenyang. Tapi banyak jugalah udang cucuk tu aku baham. Kikiki. Sebab sedap sangat. Dan makanan laut dia segar ok!

RENtastic Menu at Renaissance Johor Bahru Hotel Chinese fried rice nyonya fish soup and sweet sour fish

Chinese

Sup ikan ala nyonya itu sangat sedap. Jangan lupa nasi goreng Cina yang rasa cukup dan smokey itu. Nasi goreng yang nampak kosong ini pun penuh perisa dan sedap sekali.

RENtastic Menu at Renaissance Johor Bahru Hotel Mixed grilled platter lamb beef chicken sausage and oyster

Mixed grilled platter

Ajan dan kambing, berpisah tiada. Set menu sampingan ini pun aku tak boleh lepaskan sebab kambing yang sedap itu. Tiram panggang itu pun sedap sebab campuran keju yang ditabur atas tiram itu buatkan ia tak muak bila dimakan. Tak dilupakan ayam panggang dan sosej yang ada sekali di situ.

Boleh lihat gambar semua menu di Facebook page saya

The new ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐˜๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ฐ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜‚ in Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel is officially out!Pop in and try our new ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐˜๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ฐ…

Posted by Nota Afzani Tual on Tuesday, June 9, 2020

Tempah tempat anda melalui talian berikut

Try the new ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐˜๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ฐ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜‚ and eat all you want in Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel. Available daily for ๐‹๐ฎ๐ง๐œ๐ก (12:00 pm – 3:00 pm) and ๐ƒ๐ข๐ง๐ง๐ž๐ซ (6:00 pm – 9:00 pm) at only RM58 per person.

What are you waiting for? Book yours now by calling at +6073813322 or WhatsApp at +60177713327.

Advertisement

6 thoughts on “RENtastic Menu di Renaissance Johor Bahru Hotel

Comment wisely. All comments are subjected to Act 588 MCMC 1988.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.