Kari daging tetel pekat dimakan dengan roti puri. Buat kuah banyak-banyak untuk dinner. Esoknya panaskan, jadi lagi pekat, makan pula dengan nasi panas. Oh, sedapnya! Selamat tinggal diet.
Inilah antara menu yang aku akhirnya berjaya buat ikut citarasa idaman tekakku sebab practice makes perfect masa Perintah Kawalan Pergerakan. Resepi aku ini sedikit saja. Cukup setakat makan sekali tiga orang. Sebab dua orang serumah ini bukan gemar sangat daging tetel. Jadi aku banyakkan kentang dan lobak. Kentang sedap dalam kari sebab kanji kentang pekatkan kuat. Lobak pun elok sebab jadi pemanis kuah dan pemekat juga.

Resepi Kari Daging Tetel
Masakan untuk 3 orang
Bahan-bahan
3 ulas Bawang putih
5 biji Bawang merah
8 tangkai Cili kering
5 sudu Minyak utuk menumis
Setangkai Daun kari
Sekeping Kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
4 keping Buah pelaga
5 kuntum Bunga cengkih
3 sudu besar (membukit) Serbuk kari
300g Daging tetel
Sebatang Lobak (potong besar ubi jari)
2 biji Kentang (saiz sepenumbuk) (potong kiub besar)
Setengah kotak Santan (atau sebiji kelapa)
Dua sudu teh Garam
Cara Membuatnya
- Gunting, buang biji dan rebuskan cili kering sehingga lembut. Kisarkan bawang putih, bawang merah dan cili kering sehingga lumat.
- Campurkan rempah kari dengan air dan gaul hingga sebati. Sementara itu, panaskan minyak dalam periuk.
- Setelah minyak panas, masukkan daun kari dan rempah empat sekawan. Setelah naik bau, masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan bancuhan kari. Gaul rata.
- Setelah mendidih, masukkan daging, kentang dan lobak. Masukkan 5 cawan air. Kacau sekali-sekala.
- Setelah mendidih, kecilkan api dan biarkan mereneh lebih kurang setengah jam. Tutup periuk. Kacau sekali-sekala.
- Masukkan santan dan garam. Kacau sehingga mendidih. Siap!
Untuk petua lembutkan daging, boleh baca di sini ya.
Cara Lembutkan Daging
Masakan daging yang sedap rempahnya, cukup rasa kuahnya, takkan lengkap kalau dagingnya liat. Nak tahu cara lembutkan daging? Boleh cuba cara ini.
Perghhh pepetang nampak kari, kemain lazattt oiii..nanti ajar kita buat roti puri yaaa
Alamak segannya nak ajar orang dapur veteran ni