Puding Karamel Caramelicious


Resepi puding karamel ini aku pakai untuk berniaga. Anehnya, aku sendiri tak suka makan. Sebab bagi aku, manisnya ta boleh tahan. Tapi bila aku tengok orang makan, bahagianyalah alahai! Jadi aku kongsikan kebahagian itu di sini untuk anda semua.

Puding karamel, caramel pudding, puding gula hangus
Puding karamel Caramelicious

Resepi Puding Karamel / Puding Gula Hangus

Resepi ini untuk loyang 5″ ya, sebab aku suka puding yang tebal. Kalau guna loyang 8: pun boleh, tapi perlu berjaga-jaga masa bakar. Perlu sentiasa jengah ketuhar.

Bahan-bahan:

Gula pasir 2 sudu
Telur gred A 5 biji
Esen vanila 1 camca
Gula kastor 4 sudu (kalau suka manis, boleh saja lebihkan)
Susu sejat 1 tin
Tepung jagung 2 sudu

Cara membuatnya:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160C, siap dengan takungan air mengikut kaedah water bath / double boiler / Bain Marie.
  2. Panaskan gula pasir dalam loyang atas dapur dengan api perlahan sehingga cair dan kekuning-kuningan hampir hangus. Pastikan jangan sampai gula berbuih kerana ini maksudnya api terlalu kuat. Senget-sengetkan loyang supaya gula hangus rata ke seluruh permukaan loyang. Ini supaya permukaan puding cantik coklat macam dalam gambar di atas.
  3. Masuk telur, esen vanila dan gula kastor ke dalam bekas adunan.
  4. Campurkan sedikit susu sejat (lebih kurang 4 atau 5 sudu) dengan tepung jagung dalam mangkuk kecil, sekadar untuk mencairkan tepung. Ini untuk pastikan tepung tidak berketul-ketulbila dicampur dengan adunan telur nanti.
  5. Setelah rata, masukkan campuran tepung jagung dan susu sejat itu ke dalam mangkuk adunan tadi.
  6. Kacau dulu adunan supaya telur kuning sebati dengan telur putih. Pastikan jangan pukul! Jika anda pukul, adunan akan berbuih, lalu puding yang siap akan berlubang-lubang, tidak cantik.
  7. Setelah sebati, masukkan susu sejat dan gaul rata. Pastikan anda masukkan susu sejat akhir sekali kerana agak sukar utuk memecahkan dan menyebatikan telur jika sudah dicampur susu sejat awal-awal.
  8. Tapis adunan ke dalam loyang yang telah disalut gula hangus tadi. Ketika ini, gula hangus itu telah mengeras. Pastikan adunan ditapis untuk mengelakkan buih-buih dalam puding dan memastikan puding licin dan padat cantik.
  9. Pastikan ketuhar telah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit, baru masukkan loyang berisi adunan.
  10. Bakar selama 45 hingga 60 minit. Puding yang sudah masak, apabila kita senget-sengetkan loyang, kelihatan permukaan tebal menyaluti puding yang cair bergerak-gerak di dalamnya. Ini sudah cukup. Puding akan semakin mengeraskan bila disejukkan.
  11. Sejukkan sekurang-kurangnya dua jam sebelum dikeluarkan dari loyang untuk pastikan bentuk yang cantik.
  12. Untuk mengeluarkan puding, gunakan pisau plastik atau spatula untuk melonggarkan puding dari permukaan tepi loyang. Telangkupkan loyang sambil menutupnya dengan pinggan atau bekas untuk menghidang. Permukaan gula hangus kini berada di bahagian atas.

Selamat mencuba!

3 thoughts on “Puding Karamel Caramelicious

  1. Syedapnyaaaa…..yeah tapi jangan makan selalu, sekali sekalaa manis manisss, tadehal. Kah!
    TQ share resepiii, takda ketuhar pulak kat rumah niii..Kuang3

Comment wisely. All comments are subjected to Act 588 MCMC 1988.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.