Pudding Milk Tea


The Alley ada Brown Sugar Deerioca Creme Brulee Milk. TeaLive ada Roasted Milk Tea yang boleh tambah jeli puding. Bila Perintah Kawalan Pergerakan, termenunglah kau pandang gambar-gambar campak belakang segala teh dan kopi artisan yang kau minum dulu-dulu di sosial media kan. Maka, mentol kreatif terang-benderang muncul di atas kepala.

Apa kata aku campur saja puding karamel dengan teh susu? Sudah-sudahlah berkata. Baik buat saja. Maka, tadaaa! Lahirlah resepi sesuci lebaranku ini. Menu buka puasa kami masa PKP lepas. Check it out!

Resepi Puding Karamel

Mula-mula kenalah buat puding karamel dulu ya, tuan-tuan dan puan-puan. Kena ingat! Puding karamel ambil masa beberapa jam untuk sejuk betul. Jadi kena buat awal-awal. Sehari sebelum pun tak apa. Lagi lama simpan, lagi pekat dan mampat puding tu dalam peti ais. Resepi puding karamel saya di sini ya.

Puding Karamel Caramelicious


Resepi puding karamel ini aku pakai untuk berniaga. Anehnya, aku sendiri tak suka makan. Sebab bagi aku, manisnya ta boleh tahan. Tapi bila aku tengok orang makan, bahagianyalah alahai! Jadi aku kongsikan kebahagian itu di sini untuk anda semua.… Read More Puding Karamel Caramelicious

Teh susu

Aku pakai teh misai kucing Bioalpha hari tu. Sedap! Rasanya sama saja macam teh yang biasa kita minum, dengan kelebihan khasiat misai kucing. Ini resepi sekali minum untuk 4 orang ya.

4 uncang Teh
4 cawan Air
6 sudu besar Susu pekat manis
2 cawan Susu segar
Puding (sesuka hati banyaknya)

  1. Rebus uncang teh dengan air sehingga mendidih. Teknik ini menyebabkan orang yang kalah dengan air takkan senak perut minum teh, tak seperti selalunya kita rendam uncang dalam air panas.
  2. Buang uncang teh dari bekas air panas. Asingkan dua cawan air untuk dibuat ais. Sebabnya, kalau guna ais kosong, nanti rasa minuman makin kurang bila ais mencair. Jadi kita guna kiub ais teh.
  3. Semasa masih panas, masukkan baki air tadi ke dalam jag. Campurkan susu pekat dan kacau rata.
  4. Masukkan susu segar. Sejukkan.
  5. Bila hendak minum, baru campurkan puding dan kiub ais teh tadi.
  6. Minumlah dengan straw pakai buang (jaga planet kita) supaya puas bila sedut minuman, dapat cebisan puding sekali. Nikmat! Alhamdulillah.
Teh ais puding

2 thoughts on “Pudding Milk Tea

Leave a Reply to Afzani Tual Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.