Mi Goreng Basah

Macamana nak jadikan mi goreng basah lebih lemak dan basahnya gembira? Saya mempersembahkan resepi tak terkenal mak saya. Setakat ini, test market menunjukkan statistik yang memihak kepada sedap – kawan-kawan saya majoriti suka (yg tak suka tu, sebab pedas sangat… hehe).

Caranya adalah, sebelum masukkan mee, masukkan dulu tauhu yang telah dilecek. Tauhu ni akan kelihatan macam telur. Bezanya, telur berminyak, tapi tauhu cuma rasa lemak. Bila letak tauhu, tak perlu letak telur lagi. Mi tu dah cukup gembira sebab tauhu sendiri memang basah.

Berikut adalah resepi penuh

Bahan-bahan:

Mi kuning 500g

Bawang merah

Bawang putih

Cili kering

Isi ayam atau daging atau bebola ikan

Tauhu yang digoreng kemudian dipotong dadu

Dua buku tauhu dilecek sehingga hancur

Sayur kobis / sawi dsbg

Kicap, sos tiram, sos cili

 

Cara menyediakan:

1. Kisar cili, bawang merah dan bawang putih. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak (barulah tak rasa pijar bila makan).

2. Masukkan isi ayam / daging / bebola ikan / fishcake berserta sos tiram, sos cili dan kicap. Biasanya garam tak diperlukan sebab sos tiram dan kicap sudah masin.

3. Setelah yang tadi masak, masukkan sayur, tauhu goreng, tauhu lecek dan mi kuning. Kacau rata sehingga semua masak.

 

Selamat mencuba kepada penggemar-penggemar mi goreng basah.

Itadakimasu!

Kek Kukus Coklat

Bahan A

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak

1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B

1 1/4 cawan tepung gandum (diayak)

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh serbuk penaik

3 biji telur

1. Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan
dimasak sehingga larut. Bahan B diayak dan diasingkan.
2. Telur dipukul hingga naik dan dimasukkan ke dalam periuk bersama-sama bahan B.

3. Gaul semua hingga rata dan masukkan ke dalam loyang yang telah dialas kertas minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam.

Senang kan? Selamat mencuba.

Cici Wawa Maisara

Mulan Jamilah

Doraemon

Entries by Date

July 2017
S M T W T F S
« Mar    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031