Duit Boleh Jadi Kosong?


“Duit yang saya laburkan boleh jadi kosongkah?” Ini adalah antara soalan popular dari prospek atau klien yang biasa saya dapat.

.

.

.

SENARIO 1: Konsep dana unit amanah

Suatu dana unit amanah akan dilaburkan dalam banyaaaaaak kaunter dalam Bursa Malaysia. Contohnya, dana PIATAF seperti dalam gambar.

PIATAF dilaburkan dalam 3.56% dana ekuiti shariah tempatan, 83.56% dana ekuiti shariah luar negara dan 12.86% instrument pasaran wang (instrumen paling konservatif dalam pasaran). Bahagian paling konservatif ini dijadikan sebagai buffer kepada dana tersebut.

5 negara terbesar yang PIATAF labur adalah China, Korea, Hong Kong, Taiwan dan Thailand. Jika kejatuhan pasaran saham disebabkan contohnya, pergolakan politik, berlaku dalam satu-satu negara, diversification dalam negara-negara lain akan menyeimbangkan pulangan dana tersebut.

Perhatikan juga 5 sektor utama PIATAF dilaburkan iaitu teknologi, komunikasi, industri, konsumer dan bahan asas, yang menggunakan strategi diversification juga.

5 kaunter terbesar yang PIATAF labur juga merupakan syarikat-syarikat gergasi yang sudah bertapak kukuh dalam pasaran. Syarikat-syarikat ini juga payah untuk ditembus pelabur dengan modal kecil seperti kebanyakan kita.

Dengan unit trust, RM1000 yang minimum itu boleh pergi jauh dan luas dalam pasaran. Jadi, logikkah duit anda boleh jadi kosong?

 

 

SENARIO 2: Dana persaraan

Setiap syarikat dalam Malaysia dan pekerjanya diwajibkan mencarum dalam suatu tabung persaraan. Mari kita panggil tabung tersebut dana hari tua dalam post ini.

Setiap pengeluaran anda adalah tertakluk kepada Simpanan Asas yang wajib ditinggalkan dalam dana hari tua. Dan hanya 30% daripada beza baki itu yang boleh dilaburkan dalam unit amanah.

Contoh pengiraan untuk Adib yang berusia 33 tahun. Simpanan asas akaun 1 mesti tinggal RM43,000. Akaun 1 Adib ada RM70,000.

(RM70,000 – RM43,000) x 30% = RM8,100

Cuma RM8,100 saja yang dilaburkan dalam unit trust. Adib ada lagi RM61,900 dalam akaun 1 dana hari tua beliau. Manakala akaun 2 mengandungi RM30,000 lagi (jika Adib tidak pernah mengeluarkannya). Kenapa risau duit jadi kosong?

 

 

SENARIO 3: Syarikat muflis

Mohon dijauhkan Allah. Worst case scenario, syarikat unit amanah yang anda melabur gulung tikar. Inilah tujuannya diwajibkan pemegang amanah atau trustee untuk semua syarikat unit amanah di Malaysia. Suruhanjaya Sekuriti amat mementingkan kebajikan para pelabur di Malaysia. Trustee yang merupakan pihak ketiga ini akan mengambil alih aset bawah dana dengan segera sekiranya ini berlaku.

Walaupun begitu, untuk sebuah syarikat yang telah bertapak lama di Malaysia dengan kedudukan yang sangat kukuh dalam pasaran, kebarangkalian untuk hal ini berlaku adalah amat, amat kecil.

 

 

SENARIO 4: Pengumpulan unit

Setiap ringgit yang anda laburkan akan ditukarkan dalam bentuk unit. Saban tahun, unit ini akan bertambah dengan pembahagian distribution. Apabila dana baru dibentuk, setiap unit akan diberi nilai, contohnya 25 sen. Harga unit ini akan berubah-ubah mengikut pasaran semasa. Sekiranya dana tersebut berprestasi teruk, anda boleh memindahkan unit-unit anda dalam dana baru, mengikut nasihat konsultan anda. Selagi anda memegang unit, tidak mungkin wang anda jadi kosong.

.

.

.

Anda masih tidak faham bagaimana duit anda tidak boleh jadi kosong?
Maknanya kita kena duduk mengopi. Jom!

Comment wisely. All comments are subjected to Act 588 MCMC 1988.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.